Pasukan OMG ZJ juara Kadamaian Double Dart
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pasukan OMG ZJ juara Kadamaian Double Dart


Saikom (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada juara keseluruhan.

7 Jun 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pasukan OMG ZJ dinobatkan juara keseluruhan dalam kejohanan Kadamaian Kota Belud Double Dart Open 2022, di Dewan D’Lontupak View Kg.Purak Ogis, di sini, Ahad lalu.


Dengan kemenangan itu pasukan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000


Manakala tempat kedua dimenangi oleh Pasukan OMG SUBANG PD, menerima hadiah wang tunai RM1,000.



Tempat ketiga dan keempat Pasukan PAAMAD JJE dan PDS Labuan. Kedua-dua pasukan itu menerima hadiah wang tunai RM500.


Bagi tempat kelima hingga kelapan pula dimenangi oleh pasukan D'LDC MH, Brother FPG dan D'LDC Tambadau. Kesemua pasukan itu masing-masing menerima hadiah wang tunai RM250.


Bagi kategori ‘2nd League’, tempat pertama dimenangi oleh D’Onn A menerima hadiah wang tunai RM800), tempat kedua oleh GSSA DIPO (RM400), tempat ketiga dan keempat oleh PAAMAD KKCH dam NAGAS KIDAL, masing-masing menerima hadiah RM200.



Kategori Ladies Single dimenangi oleh Alice dan menerima hadiah RM300, naib johan oleh Rean (RM150), tempat ketiga dan keempat oleh Jaliah dan Doris, masing-masing menerima hadiah RM70.


Anichlose (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Secara keseluruhannya kejohanan itu disertai 56 pasukan seluruh Sabah termasuk 17 pasukan dari Kadamaian.


Pertandingan yang berlangsung selama dua hari bermula 4 Jun itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Kesemua hadiah disampaikan oleh pegawai pusat khidmat Adun Kadamaian Anichlose Kesimin dan Saikom Watis.



bottom of page