top of page
  • Wartawan Nabalu News

Patricia John wakil UPKO Papar dinobatkan juara Unduk Ngadau UPKO 2024

12 Mei 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA PENYU: Patricia John mewakili UPKO Bahagian Papar dinobatkan juara Unduk Ngadau Kaamatan UPKO 2024, menewaskan 17 peserta lain pada peringkat akhir Pertandingan Unduk Ngadau sambutan Kaamatan UPKO, di Dewan Masyarakat Datuk Shahbandar Makang, di sini, hari ini.


Dengan kemenangan itu, beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 berserta tropi, jambangan bunga dan hadiah-hadiah iringan.


Manakala tempat kedua dimenangi oleh Marylyn Bundoi, mewakili UPKO Bahagian Kota Kinabalu dan tempat ketiga oleh Alstenety Shane Japrin mewakili UPKO Bahagian keningau.


Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM2,500 dan RM2,000 berserta hadiah-hadiah iringan.


Kesemua hadiah disampaikan oleh Datin Connie Parantis, isteri kepada Presiden UPKO yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Datin Angie Elon isteri Datuk Nelson Angang, Pengerusi Penganjur.


Pesta Kaamatan UPKO 2024 dirasmikan oleh Ewon.

Comments


bottom of page