top of page

Paul Baroh dan Rosita Boel Dilantik Ahli Lembaga Pelawat Hospital Lahad Datu

  • nabalunews
  • Sep 6
  • 1 min read

ree

6 September 2025


LAHAD DATU: Setiausaha Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Lahad Datu, Paul Baroh dan Ketua Wanita bahagian, Rosita Boel dilantik sebagai Ahli Lembaga Pelawat Hospital Daerah Lahad Datu.


Surat pelantikan diserahkan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Daerah Lahad Datu, Leksun Injil dalam satu majlis ringkas di hospital berkenaan.


Pelantikan itu membuktikan kepercayaan terhadap kepimpinan tempatan dalam memainkan peranan penting membantu memperkukuh hubungan antara pihak hospital dan masyarakat setempat, selain memastikan kebajikan pesakit sentiasa diberi keutamaan.

ree

Ahli Lembaga Pelawat Hospital berfungsi sebagai penghubung masyarakat dengan pihak pengurusan hospital selain memberikan pandangan serta cadangan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di daerah ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page