PDK Penampang terima sumbangan RM10,000 daripada Ewon
24 Mei 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Penampang.
Sumbangan itu disampaikan pada majlis Pesta Kaamatan anjuran PDK Daerah Penampang, di Dewan Perpustakaan Penampang, hari ini.
“Sebagai keprihatinan kepada para pelatih PDK Penampang, saya menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi membantu meringankan bebanan kewangan pihak pengurusan pusat kebajikan itu.
“Saya juga telah menyampaikan sumbangan yang sama kepada Sabah Society for the Deaf untuk keperluan pusat kebajikan itu,” katanya.
Sementara itu Penyelia PDK Penampang Rosena Kopiton merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Ewon atas sumbangan itu.
“Bagi pihak PDK Penampang, saya merakamkan ucapan setinggi-tingi terima kasih kepada YB Datuk Ewon kerana memberikan sumbangan kepada PDK Penampang.
“Kami akan gunakan sumbangan ini sebaik mungkin untuk melaksanakan aktiviti di PDK. Saya juga berharap syarkat-syarikat korporat atau individu dermawan turut tampil menghulurkan sumbangan,” k atanya.
Beliau berkata setakat ini seramai 58 orang pelatih berumur antara 4 hingga 32 tahun.
Comments