top of page

PDPR AKAN DITERUSKAN 25 HARI APABILA SEKOLAH DIBUKA 13 DAN 14 JUN

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 6, 2021
  • 1 min read

Datuk Dr. Radzi Jidin

6 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan mengumumkan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan disambung selama 25 hari apabila sekolah dibuka pada 13 Jun (Kumpulan A) dan 14 Jun (Kumpulan B).


Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook hari ini.


"Kaedah itu akan diteruskan sehingga cuti pertengahan Julai pada 16 dan 17 Julai ini mengikut kumpulan masing-masing," katanya.


Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B melibatkan Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page