top of page

PDRM, PERKEP bersama NGO santuni masyarakat kampung dan murid SK Pangi

  • nabalunews
  • Feb 24
  • 1 min read

Mohd Azhar menyampaikan peralatan sekolah dan bakul makanan kepada salah seorang murid SK Pangi
Mohd Azhar menyampaikan peralatan sekolah dan bakul makanan kepada salah seorang murid SK Pangi

24 Februari 2025


TENOM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Persatuan Keluarga Polis PERKEP Sabah menyantuni masyarakat kampung dan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pangi, pada Khamis.


Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Sabah, Datuk Mohd Azhar Hamin berkata, antara objektif utama program ini adalah memberikan kesedaran bagaimana komuniti menangani sebarang kegiatan jenayah demi keamanan komuntiti setempat.


Katanya, ia adalah satu cara polis mendekati masyarakat dalam usaha menangani jenayah dan masalah sosial.


“Dalam masa yang sama, PDRM juga menjalankan beberapa aktiviti iaitu memberi sumbangan bakul makanan, peralatan sekolah dan alat tulis kepada penerima.


“Selain itu, program ini juga diisi dengan sesi taklimat pencegahaan jenayah kepada pelajar-pelajar berkaitan masalah salah laku buli dan sebagainya,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada media sempena Program Walkabout Kepolisan Komuniti peringkat Kontinjen Sabah di Kampung Pangi, di sini.


Menurutnya, usaha menangani kegiatan jenayah ini tidak hanya terletak dibahu pihak berkuasa akan tetapi ia juga memerlukan kerjasama semua pihak.


Katanya, jenayah dapat ditangani bersama selaras dengan slogan polis dan masyarakat, berpisah tiada.


“Pada program ini SK Pangi turut diangkat sebagai sekolah angkat kepada IPK Sabah,” katanya.

תגובות


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page