top of page

Pegawai Khas dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Ziarah Keluarga yang Kehilangan Ahli Tersayang

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read


27 Mei 2025


KOTA BELUD : Pegawai Khas Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Jolyhame Saran, bersama Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Juin Kolod, telah mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, dalam satu lawatan menziarahi dua keluarga yang baru sahaja kehilangan ahli tersayang di Kampung Mandap, Mukim Kelawat.


Lawatan ini bertujuan menyampaikan sumbangan di bawah inisiatif Touchpoint sebagai tanda takziah dan sokongan moral kepada keluarga mendiang Taipin Sarabun dan Latipah Koyoh.

Dalam kesempatan tersebut, ucapan simpati serta doa turut disampaikan agar keluarga yang ditimpa musibah diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan ini.

Pihak Pusat Khidmat ADUN turut menyeru agar penduduk Kampung Mandap terus mengamalkan semangat perpaduan dan saling membantu, terutama ketika berdepan saat-saat sukar seperti ini.

Komentar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page