Pekan Beaufort Tenggelam
- nabalunews
- May 4
- 1 min read

4 May 2025
KOTA KINABALU: Seramai 1,541 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas beberapa lokasi di pedalaman Sabah ditenggelami air banjir.
Setakat jam 8 pagi tadi, daerah Sook mencatatkan mangsa paling ramai dipindahkan dan diikuti dengan pemindahan mangsa banjir di daerah Beaufort.
Laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah menunjukkan seramai 1,340 mangsa daripada 405 keluarga dipindahkan di lima PPS di Sook setakat ini.

Sementara itu, seramai 175 mangsa daripada 57 keluarga dipindahkan di pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon di Beaufort.
Selain itu, terdapat 26 individi melibatkan 10 keluarga dipindahkan di sebuah PPS di Sipitang.
Mengikut laporan, daerah Beaufort mencatatkan ketinggian air Sungai Padas dan diletakkan pada paras 9.92 meter melebihi paras bahaya 8.7 meter.

Hampir keseluruhan pekan Beaufort lumpuh akibat banjir yang bermula sejak Jumaat, termasuk menjejaskan pejabat daerah, stesen kereta api, klinik, stesen minyak, pejabat pos, pasar raya, dan sebahagian besar premis di bangunan kedai lama.


















Comments