top of page

Pemaju Mukim UPPM Kadamaian Sampaikan Sumbangan Takziah Kepada Keluarga Esterlina Zikol di Kampung Bundu Paka

  • nabalunews
  • Nov 8, 2025
  • 1 min read

8 November 2025


KOTA BELUD: Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Anichlose Kesimin, mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, telah menyampaikan sumbangan takziah kepada Esterlina Zikol di Kampung Bundu Paka, Kota Belud, atas pemergian anaknya baru-baru ini.


Sumbangan tersebut disampaikan sebagai tanda simpati dan keprihatinan pihak Kementerian serta Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian terhadap keluarga yang berdepan kehilangan insan tersayang. Anichlose hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut secara peribadi di kediaman keluarga berkenaan.


Menurut Anichlose, penyampaian sumbangan takziah itu mencerminkan keprihatinan Ewon terhadap penduduk di Kadamaian, khususnya mereka yang ditimpa musibah. Beliau turut menyampaikan salam takziah daripada Ewon serta berharap keluarga Esterlina diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang berat ini.


Esterlina kehilangan anaknya semasa proses melahirkan bayi yang sudah cukup sifat. Pihak keluarga merakamkan penghargaan atas kehadiran serta keprihatinan yang ditunjukkan oleh wakil kerajaan dan Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian dalam saat duka tersebut.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page