Pemaju Mukim Wakili Ewon Sampaikan Sumbangan Kepada Keluarga Mendiang di Kampung Gahui
- nabalunews
- 43 minutes ago
- 1 min read

Oleh Kidd
5 Ogos 2026
KOTA BELUD: Pemaju Mukim Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian William Ginting mewakili Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah serta ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, menziarahi keluarga mendiang Kulangga @ Rajin Lingok di Kampung Gahui, Kiau Bersatu, hari ini.
Dalam kunjungan itu, William menyampaikan sumbangan Touch Point Takziah kepada anak mendiang, Amisah Kulangga @ Rajin, sebagai tanda keprihatinan dan simpati Datuk Ewon terhadap keluarga yang sedang melalui saat-saat sukar.
Beliau berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan sedikit beban keluarga di samping menjadi lambang keprihatinan dan sokongan berterusan kepimpinan kepada masyarakat, khususnya ketika berdepan dengan kehilangan insan tersayang.
Sementara itu, keluarga mendiang merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Ewon serta William atas kehadiran, doa dan sumbangan yang disampaikan, yang disifatkan sebagai satu penghormatan serta memberi kekuatan kepada mereka sepanjang tempoh berkabung.















Comments