Pembangunan Kampung Sim-Sim, Sandakan
- nabalunews
- Apr 7
- 1 min read

6 April 2025
SANDAKAN: “Pembangunan Kampung Sim-Sim, Sandakan tidak pernah dilupakan,” kata Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.
Katanya, pelbagai usaha telah dilaksanakan dan dalam masa yang sama pihaknya mengajak penduduk kampung untuk sama-sama membangun perkampungan nelayan itu.
"Kerjasama ini penting sekaligus memastikan pembangunan berterusan di kampung ini yang juga menjadi tumpuan ramai," katanya.

Vivian menyatakan perkara ketika berucap merasmikan Karnival Aidilfitri Parlimen Sandakan di hadapan Pasar Sim-Sim, disini, pada Sabtu.
Turut hadir, Pengerusi Penganjur, Tang Szu Ching, Ketua Kampung Sim-Sim, Abdul Halim Osman dan lebih 300 penduduk sekitar.
Vivian bersama Ching turut menyampaikan bakul makanan kepada 100 warga emas dan golongan asnaf disini.
Sementara itu, Vivian berkata, sebuah hotel bertaraf 4 bintang bakal dibuka di pulau berhadapan Kampung Sim-Sim yang juga antara usaha pihaknya menarik pelaburan berkaitan pelancongan di daerah ini.
Katanya, ia juga kelak bakal memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan membantu menjana ekonomi setempat.
Comments