top of page

Pemilihan Pengerusi JKKK N11 Kadamaian 2026 Berlangsung Tertib di Kampung Puhus

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

10 Februari 2026


KOTA BELUD: Pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) N11 Kadamaian bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan lancar, teratur dan penuh tertib di Dewan Serbaguna Kampung Puhus, Mukim Taginambur, di sini.


Program yang diadakan dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang itu mendapat sambutan dan kehadiran yang menggalakkan daripada penduduk kampung, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi komuniti setempat dalam melaksanakan tanggungjawab memilih kepimpinan baharu di peringkat kampung.


Pemilihan tersebut menyaksikan persaingan tiga calon iaitu Amun Kabati, Holen Sayaman dan Nasip @ Jaundin Obok. Keputusan pengundian menunjukkan Holen Sayaman memperoleh undi tertinggi sebanyak 24 undi, diikuti Amun Kabati dengan 13 undi, manakala Nasip @ Jaundin Obok meraih 12 undi.


Amun Kabati telah dicalonkan oleh Bidin Puok dan disokong oleh Nasip Opok. Holen Sayaman pula dicalonkan oleh Paulina Ongit dengan sokongan Masna Goyi, sementara Nasip @ Jaundin Obok dicalonkan oleh Laisen @ Soutin Sageh dan disokong oleh Willie Spencer.


Proses pemilihan dilaksanakan secara telus dan mengikut garis panduan yang ditetapkan, dengan penglibatan aktif penduduk kampung. Suasana pemilihan berlangsung dalam keadaan aman dan harmoni, mencerminkan kematangan serta kesedaran masyarakat setempat dalam mengamalkan demokrasi di peringkat akar umbi.


Pemilihan tersebut dikendalikan oleh Pemaju Mukim Risin Sikin dan Pemaju Mukim Pinol Timun, serta diselia oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Fandhy Rajin dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian.


Keputusan pemilihan ini diharapkan dapat memperkukuhkan kepimpinan JKKK Kampung Puhus ke arah kesejahteraan dan pembangunan berterusan demi kepentingan penduduk setempat.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page