top of page

Pemilik hartanah diingatkan bayar Cukai Kadaran sebelum 30 Jun

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

10 Jun 2025


KOTA KINABALU: Pemilik hartanah di kawasan perkadaran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) diingatkan supaya membuat pembayaran Cukai Kadaran sebelum atau pada 30 Jun 2025 bagi mengelakkan tunggakan cukai.


DBKK dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kegagalan menjelaskan tunggakan akan menyebabkan pemilik dikenakan caj faedah serta caj notis peringatan selaras dengan Seksyen 87 Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Negeri Sabah).


“Selain itu, tindakan undang-undang termasuk pelaksanaan lelongan hartanah juga boleh dikenakan kepada pemilik hartanah.

“Sehubungan itu, semua pemilik hartanah di kawasan DBKK diingatkan untuk membuat pembayaran Cukai Kadaran dengan kadar segera bagi mengelak daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang atau denda,” katanya.


Menurut DBKK, pembayaran boleh dilakukan menerusi empat saluran utama iaitu DBKK e-Services di pautan https://eservices.dbkk.sabah.gov.my, Jompay dengan kod bil 56739, PBTPay di https://pbtpay.kpkt.gov.my, atau secara fizikal di kaunter pembayaran DBKK.


DBKK turut mengingatkan pemilik bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Jabatan Penilaian sekiranya berlaku pemindahan hak milik hartanah, bangunan sedia ada dirobohkan, penambahan struktur baharu atau pertukaran kegunaan bangunan.


Untuk maklumat lanjut berkaitan Bil Cukai Kadaran, orang awam boleh menghubungi DBKK di talian 088-521898, 521758 atau 521759.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page