Pemimpin UPKO Kudat terus komited santuni rakyat

22 Oktober 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUDAT: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kudat akan terus melaksanakan program turun padang menyantuni penduduk seterusnya memantapkan sokongan dan kekuatan parti itu di peringkat akar umbi.
Ketua Bahagian UPKO Kudat, Junsim Rumunzing berkata, untuk tujuan itu pelbagai program disusun termasuk mengemaskini cawangan-cawangan sebelum akhir tahun ini.
“Ini termasuk usaha untuk menambah keahlian bagi menguatkan lagi sokongan rakyat terhadap UPKO. Kita juga harus membuka semula pintu kepada ahli-ahli yang pernah meninggalkan parti untuk kembali semula dalam keluarga UPKO disamping membawa ahli-ahli baru.

“Saya juga berharap agar para pimpinan UPKO dapat bekerjasama dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) untuk mengukuhkan PH.
"Semua pemimpin komponen harus turun padang memberikan penerangan hal tuju parti masing-masing dan menyampaikan usaha-usaha yang telah dan akan dilaksanakan Kerajaan Perpaduan Persekutuan dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Mengenai lantikan ketua-ketua PDM, Junsim berkata surat lantikan itu akan disampaikan oleh Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick semasa Konvensyen UPKO Zon A, 13 November ini, di Kota Marudu.
Comments