top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pemimpin Warisan Penampang keluar parti sertai KDM



8 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Beberapa pemimpin parti Warisan Penampang diketuai Ketua Wanita, Mary June G Kinsuat bertindak keluar parti untuk menyertai parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).


Mary yang juga mantan Timbalan Ketua Wanita Warisan Pusat bersama beberapa pemimpin Warisan Bahagian P174 Penampang mengumumkan keputusan mereka itu di sini, baru-baru ini.


Turut bertindak keluar parti Warisan ialah Ketua Wira Penampang, Ian Mahindra yang juga mantan Naib Ketua Wira Pusat dan Timbalan Ketua Wanita Warisan Penampang, Beatnie Boniface.


Mary berkata, bersama-sama mereka meninggalkan parti Warisan ialah beberapa mantan Ahli Jawatankuasa bahjagian dan cawangan, mantan Ahli Jawatankuasa Wanita dan mantan Ahli Jawatankuasa Wira Warisan Penampang.


"Kami memilih untuk menyertai parti KDM Sabah di bawah kepimpinan Datuk Peter Anthony untuk bersama-sama meneruskan agenda politik yang fokus sepenuhnya kepada negeri Sabah," katanya.


Majlis pengumuman itu turut disaksikan Timbalan Presiden parti KDM Sabah, Datuk Juil Nuatim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Papar.

Comentarios


bottom of page