Peminat sukan Dart Kadamaian disaran tubuh persatuan
3 Julai 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Pertandingan Dart Tertutup Kadamaian mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan belia, kelab-kelab dan peminat dart di daerah itu.
Timbalan Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud Carlye Lajimin memuji usaha pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan pertandingan itu.
“Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur, saya berharap pertandingan ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mencungkil bakat-bakat baharu di kalangan penduduk Kadamaian khususnya golongan belia.
“Permainan dart sekarang semakin popular dikalangan belia dan remaja d kawasan Kadamaian. Hampir setiap bulan ada pertandingan dart.
“Oleh itu saya menyarankan agar kelab-kelab atau pemain dart di Kadamaian menbuhkan persatuan bagi memudahkan mereka merancang pelbagai aktiviti termasuk pertandingan dart akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan pertandingan dart itu, di sini, baru-baru ini.
Commentaires