Pemuda UPKO Tamalang anjur Kejohanan Badminton Tertutup Kadamaian
- Wartawan Nabalu News
- Jan 31, 2022
- 1 min read

31 Januari 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Cawangan Kg.Tamalang DUN Kadamaian berjaya menganjurkan kejohanan Badminton Tertutup Kadamaian, di dewan kampung itu, hari ini.
Tempat pertama dimenangi oleh Immanuel Daumin dan Mellvin Sikin, tempat kedua pasukan Patrick Dumah dan Mohd Adynader Razalee manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Octervia Dinin dan Winston John.

Ketua Pemuda Upko Cawangan Kg.Tamalang Raynold Suanin berkata, penyertaan pertandingan itu dihadkan kepada 18 pasukan sahaja bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Kesemua peserta bukan sahaja dari kampung Tamalang tetapi juga dari pelbagai kampung termasuk Kg. Kiau, Kg. Narinang, Kg. Nahaba, Kg. Gaur dan Tamu .
“Belia Kg.Tamalang mengucapkan terima kasih kepada Datuk Ewon Benedick atas sumbangan beliau untuk menjayakan pertandingan yang julung kalinya diadakan sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini,” katanya kepada Nabalu News.

Raynold juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian itu atas keprihatinan memberikan peruntukan pembinaan Dewan Kg.Tamalang yang kini memberi banyak manfaat kepada belia.
“Terima kasih atas usaha DEB mempermudahkan pembinaan dewan ini yang mana banyak memberikan manfaat serta tempat belia melaksanakan aktiviti sukan
“Belia kampung juga berharap agar ada penambahbaikan Dewan Kg.Tamalang seperti penambahan lampu limpa serta menaik taraf gelanggang kepada karpet,” katanya.
Sementara itu seorang peserta dari Kampung Narinang yang hanya dikenali sebagai Winston memuji pelaksanaan kejohanan badminton itu.
"Saya berharap aktiviti seperti ini dapat dianjurkan lebih kerap khususnya untuk penduduk Kadamaian," katanya.


















Comments