Penantian puluhan tahun 548 penduduk untuk memiliki hak milik tanah berakhir
- nabalunews
- Sep 5
- 2 min read

5 September 2025
SOOK: Penantian puluhan tahun 548 penduduk di beberapa buah kampung di daerah Sook untuk memiliki hak milik tanah berakhir apa mereka menerima geran tanah.
Daripada bilangan itu 224 penerima dibawah pengukuran Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS), 238 penerima pengukuran geran biasa dan 86 penerima pemilikan hak milik peserta peneroka Skim SAFODA Karamatoi.
Majlis Penyerahan Geran dan pemilikan hak milik tanah itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook Datuk Ellron Angin di Dewan Masyarakat Sook pada Khamis.

Bercakap kepada media selepas majlis itu Ellron yang juga Menteri Belia Dan Sukan berharap agar para penerima geran tanah akan mengusahakan tanah mereka.
"Kita mengharapkan mereka ini akan dapat mengusahakan kan tanah dan kita minta supaya mereka jangan menjual tanah yang sudah dimiliki.
Ini disebabkan untuk mendapatkan tanah pada ketika ini memang susah sebab semakin kecil tanah yang boleh kita miliki.
Jadi kita minta supaya mereka ini mengusahakanmya supaya mereka akan mendapat hasil" katanya.
Pada masa sama Ellron berkata, beliau akan terus bekerjasama dengan Jabatan Tanah dan Ukur untuk memastikan semua penduduk di daerah ini memiliki tanah.
"Saya difahamkan ada lagi permohonan-permohonan tanah yang sudah diluluskan dan mungkin dalam masa tiga atau empat bulan kita akan dapat lagi geran-geran tanah yang dipohon daripada 2018 - 2025" tambahnya.
"Kita akan berusaha dan akan terus bekerjasama dengan Jabatan Tanah dan Ukur untuk mendapatkan geran-geran ini dan seterusnya menyerahkan kepada bakal pemilik-pemiliknya" katanya.
Sementara itu, para penerima menyatakan kesyukuran kerana penantian mereka selama berpuluh tahun berakhir dan sekali gus memberi peluang baharu untuk meningkatkan taraf hidup serta menjamin masa depan keluarga.
Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sook Tony Talasoi, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Tanah dan Ukur, Ketua-Ketua Jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.


















Comments