top of page

Pendidikan TVET jadi pilihan utama pelajar cenderung aspek praktikal

  • nabalunews
  • 10 minutes ago
  • 1 min read


Mohd Sahran (tengah - duduk barisan hadapan) bergambar bersama para peserta program Generasi Aspirasi SMK Ulu Sapi, Beluran di Politeknik Tawau Sabah.
Mohd Sahran (tengah - duduk barisan hadapan) bergambar bersama para peserta program Generasi Aspirasi SMK Ulu Sapi, Beluran di Politeknik Tawau Sabah.

5 Mei 2025


TAWAU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini menjadi pilihan utama bagi pelajar yang lebih cenderung kepada aspek praktikal atau kemahiran.


Pengarah Politeknik Tawau Sabah (PTS), Mohd Sahran @ Awang Mohidin berkata, perkara itu kerana bidang berkenaan dilihat lebih menjamin peluang pekerjaan sebaik menamatkan pengajian.


Katanya, Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) berperanan penting sebagai peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.


“POLYCC turut menawarkan yuran pengajian yang rendah iaitu RM200 bagi satu semester, termasuklah program seperti Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Pelancongan Rekreasi yang turut ditawarkan di PTS,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Generasi Aspirasi SMK Ulu Sapi, Beluran 2025 di PTS selama tiga hari, bermula 2 Mei dan berakhir semalam.


Program itu yang melibatkan 84 pelajar SMK Ulu Sapi, diadakan dengan kerjasama PTS dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.


Sementara itu, dalam ucapan aluannya, Pengetua SMK Ulu Sapi, Railen @ Maria Guang memuji penganjuran program tersebut yang berjaya mencapai objektifnya, khususnya pendedahan awal berkaitan pendidikan tinggi kepada para peserta.


“Program ini sedikit sebanyak dapat memberikan motivasi serta pemahaman kepada para pelajar berkaitan laluan dalam melanjutkan pengajian selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak,"katanya.


Para pelajar yang terlibat dalam program tersebut adalah pelajar STEM A dan bidang Kemanusiaan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page