top of page

Penduduk Kampung Kepayan Lama lega jambatan gantung siap diselenggara

  • nabalunews
  • Sep 13, 2024
  • 1 min read

13 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KENINGAU: Penduduk Kampung Kepayan Lama di sini, kini merasa lega apabila jambatan gantung di kampung itu telah siap diselenggarakan.


Sebelum ini jambatan gantung itu mengalami kerosakan teruk dan tidak selamat di gunakan akibat banjir besar sungai Pegalan yang berlaku beberapa tahun lalu.


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin, penyelenggaraan jambatan itu dibiayai peruntukan khas Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.


"Dengan siapnya penyelenggaran jambatan tersebut ianya memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk dan juga kanak-kanak yang menggunakan jambatan itu sebagai laluan ke Sekolah Kebangsaan Kapayan Baru" katanya selepas melawat dan meninjau jambatan itu baru-baru ini.


Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, kemudahan ini adalah usaha kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) + Pakatan Harapan (PH) untuk memberi keselesaan kepada penduduk kampung.


Katanya, pemimpin kerajaan GRS + PH  telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat.


Sementara itu Ketua Kampung Kapayan Lama, KK Masius Banggang mewakii penduduk kampung mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Keningau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah 1, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Datuk Kitingan yang menyalurkan peruntukan penyelenggaraan jambatan gantung itu.


Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ADUN Bingkor yang sentiasa turun padang dan melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasannya.


Katanya, telah banyak pembangunan dan kemudahan yang dilaksanakan di kampung-kampung di kawasan Bingkor dan tidak terkecuali Kampung Kapayan Lama.

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page