top of page
  • Wartawan Nabalu News

Penduduk Kg.Babagon berterima kasih atas sumbangan Ewon tambahbaik perkarangan Klinik Desa


Gambar kanan sebelum dan (gambar kiri) selepas kerja-kerja pembinaan konkrit di perkarangan Klinik Desa Kg.Babagon.

19 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Penduduk Kampung Babagon dan sekitarnya menzahirkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick atas keprihatinan memberikan sumbangan membina konkrit di perkarangan Klinik Desa kampung itu.


Seorang penduduk Kampung Babagon Stenly Godiwa berkata, ia memberikan keselesaan kepada penduduk kampung yang mendapatkan perkhidmatan di Klinik Desa itu.


“Sebagai wakil penduduk kampung, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ewon atas sumbangan itu. Kami amat bertuah kerana mempunyai wakil rakyat seperti beliau yang amat prihatin terhadap keperluan penduduk kampung,” katanya.

Pemuda UPKO Penampang bergotong-royong menyiapkan kerja-kerja pembinaan konkrit di perkarangan Klinik Desa Babagon.

Kerja-kerja menyiapkan penambahbaikan perkarangan Klinik Desa Kg.Babagon itu dilaksanakan secara bergotong-royong oleh Pemuda Pertubuhan Kinabalu progresif Bersatu (UPKO) Penampang diketuai oleh Ketuanya Billy Joe Dominick.


Sementara itu Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pembinaan konkrit di perkarangan Klinik Desa Kg.Babagon adalah antara satu daripada banyak permohonan penduduk kampung.


“Ini adalah tanggungjawab dan komitmen berterusan saya untuk memastikan setiap keperluan dan permohonan penduduk kampung diberi perhatian,” katanya.


bottom of page