Penduduk Kg Tinata pamer semangat gotong royong
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Penduduk Kg Tinata pamer semangat gotong royong

28 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Seramai 40 penduduk Kampung Tinata, di sini menjayakan program gotong-royong Perdana membersihkan kawasan kampung, baru-baru ini.


Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) kampung itu, Hadlee Panchai merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program itu.


Beliau berkata, program gotong-royong itu adalah program pertama selepas beliau dilantik sebagai pengerusi baru.


"Antara tujuan utama kita mengadakan program ini adalah untuk menceriakan kawasan kampung serta memperbaiki sistem perparitan, di samping memupuk semangat kerjasama di kalangan penduduk kampung," katanya.


Hadlee mengucapkan terima kasih kepada Datuk Ewon Benedick, Adun Kadamaian merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan PPM Dun Kadamaian, Saikom Watis atas sokongan dan sumbangan menjayakan program ini.


Turut hadir dalam program itu, pemaju mukim Dun Kadamaian, Anichlose Kesimin mewakili Pejabat UPPM dan Pejabat Khidamat Adun N.11 Kadamaian.


Beliau memberi pujian kepada penduduk kampung atas usaha mereka menjaga kebersihan dan keindahan kampung.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page