Penduduk Kota Belud dapat bantuan melalui program Mahkamah Bergerak
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Penduduk Kota Belud dapat bantuan melalui program Mahkamah Bergerak

21 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Program Mahkamah Bergerak membolehkan para penduduk di daerah ini yang menghadapi masalah dokumen seperti sijil lahir daftar lewat mendapatkan khidmat program tersebut.


Program ini yang dilaksanakan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bersama Pejabat Daerah Kota Belud dan beberapa agensi kerajaan lain diadakan di Kadamaian Square.


Perkhidmatan yang ditawarkan sepanjang program itu ialah urusan surat akuan, tandatangan pesuruhjaya sumpah, khidmat nasihat perundangan dan disertai jabatan-jabatan berkaitan antaranya Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Insolvensi Malaysia negeri Sabah Ba dan pemeriksaan kesihatan.


Turut hadir Timbalan Pegawai Daerah Kota Belud, Leprus Esuvas @ Giswa, PPM N11 Kadamaian, Saikom Watis dan ketua-ketua kampung kawasan Kadamaian.

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Arif Christopher Chin Sui Yin, menyatakan program ini amat penting untuk memberi perkhidmatan pengesahan dokumen secara adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia.


Program ini berjalan selama 20 tahun dan tujuannya memudahkan penduduk kawasan pendalaman mendapatkan perkhidmatan.


Beliau berkata, program seumpama ini diadakan setiap tahun dan bulan di kawasan yang berbeza mengikut permintaan penduduk kampung.


Sementara itu, Leprus, berkata, program ini dapat menyelesaikan masalah daftar lewat kelahiran yang melibatkan banyak kes di daerah ini, terutamanya di Usukan, Tempasuk dan Pintasan.

Beliau berkata, kehadiran hakim dari Mahkamah Tinggi ini dapat mengesahkan dan memproses daftar lewat kelahiran dengan segera dan cekap.


Jelas beliau, Pejabat Daerah Kota Belud akan berusaha membawa kembali mahkamah bergerak di daerah ini bagi menyelesaikan kes-kes yang belum dilaporkan, termasuk di pulau-pulau.


Tambah beliau, di daerah ini terdapat lebih kurang 60 kes daftar lewat kelahiran yang dikesan dan percaya masih banyak kes-kes seumpama ini yang belum dilaporkan.

bottom of page