top of page

PENGAGIHAN BAKUL MAKANAN DI KAWASAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN AKAN DIPANTAU: SHAHELMEY

  • nabalunews
  • Oct 14, 2020
  • 1 min read

GAMBAR OLEH PEJABAT DAERAH KUNAK

14 OKTOBER 2020

OLEH WARTAWAN NABALU NEWS

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah akan terus memantau proses pengagihan bakul makanan kepada kumpulan sasar.

Menterinya Ir Shahelmey Yahya berkata, setakat ini kerajaan negeri telah mengagihkan sebanyak 12,313 bakul makanan kepada kumpulan sasar di negeri ini.


Beliau berkata, selain bantuan kerajaan negeri, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di peringkat Persekutuan turut menyalurkan bantuan dan setakat ini 6,300 bakul makanan diagihkan kepada kumpulan sasar.

“Pengagihan bantuan makanan ini melibatkan kawasan-kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersyarat (PKPDB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Shahelmey berkata, oleh kerana PKPB telah dikuatkuasakan di seluruh Sabah, maka agihan bakul makanan akan dijalankan secara berperingkat-peringkat, keutamaan diberikan kepada keluarga yang dikuarantin.

Beliau turut menasihatkan rakyat Sabah terutamanya di 11 zon merah supaya mengurangkan pergerakan, bagi memutuskan rangkaian Covid-19.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page