top of page
Wartawan Nabalu News

PENGANUT KRISTIAN DIBENAR IKUTI UPACARA SEMBAHYANG KRISMAS 24 DAN 25 DIS


18 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri bersetuju untuk membenarkan penganut Kristian mengikuti sesi upacara sembahyang pada 24 dan 25 Disember di kawasan-kawasan yang dilaksanakan PKPP dan PKPB dengan SOP ketat yang telah ditetapkan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sambutan Hari Krismas seperti kunjung mengunjung hanya dibenarkan pada 25 Disember sahaja.


“Bagaimanapun, Rumah Terbuka dan Aktiviti Carolling dari rumah ke rumah di kawasan PKPB dan PKPD adalah tidak dibenarkan.


“SOP terperinci boleh dirujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.



Comments


bottom of page