top of page

Pengisytiharan bencana kemarau di Tawau ditarik balik

  • nabalunews
  • Mar 25
  • 1 min read

25 Mac 2026


TAWAU: Pengisytiharan bencana kemarau di daerah Tawau termasuk kawasan Pulau Sebatik yang diumumkan pagi tadi, ditarik balik selepas semakan terkini mendapati situasi semasa tidak lagi memenuhi kriteria sebagai bencana.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau, Datuk Joseph Pang, yang juga Presiden Majlis Perbandaran Tawau, berkata keputusan itu selaras dengan pandangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah.


Menurutnya, hasil pemantauan mendapati bekalan air dan keadaan cuaca di daerah ini masih dalam keadaan terkawal dan stabil.


“Bagaimanapun, isu kekurangan air masih membimbangkan di kawasan Pulau Sebatik dan akan terus diberi perhatian oleh pihak berkuasa.


“Pemantauan dan perbincangan dari semasa ke semasa akan dijalankan bagi memastikan keadaan kekal terkawal serta sebarang perubahan dapat ditangani dengan segera,” katanya dalam kenyataan terbaru, petang ini.


Orang awam turut dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat lama yang tidak lagi sahih, sebaliknya merujuk kepada saluran rasmi untuk mendapatkan maklumat terkini.


Pada masa sama, penduduk khususnya di kawasan terjejas diingatkan supaya terus mengamalkan penggunaan air secara berhemah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page