top of page

Peningkatan ahli baharu bukti keyakinan rakyat terhadap UPKO – Junik

  • nabalunews
  • 12 minutes ago
  • 1 min read

ree

19 November 2025


TENOM: Calon Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap, Junik Bajit, menyifatkan kemasukan ahli baharu ke dalam parti itu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap hala tuju dan prinsip perjuangan UPKO.


Beliau berkata, perkembangan tersebut dilihat ketara susulan perubahan landskap politik negara, khususnya selepas peletakan jawatan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


Menurutnya, keputusan UPKO keluar daripada Pakatan Harapan (PH) turut memberi impak kepada arus sokongan di Melalap.

ree

“Perkembangan politik nasional ini nyata memberi kesan positif kepada momentum kemasukan ahli baharu UPKO, terutamanya dalam kalangan masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR) di Melalap.


“Penyertaan ahli baharu yang semakin meningkat adalah petanda jelas bahawa rakyat mahu kepimpinan yang stabil, berprinsip dan dekat dengan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Program Jelajah Sabah First oleh Presiden Upko, di sini, baru-baru ini.


Beliau berkata, kehadiran ratusan penduduk semasa program itu juga membuktikan keyakinan rakyat yang semakin meningkat terhadap kepimpinan parti serta usaha berterusan UPKO dalam memperjuangkan hak dan pembangunan yang menyeluruh.

ree

Dalam pada itu, beliau turut menyeru penduduk Melalap agar terus memelihara perpaduan dan memberikan kepercayaan berterusan kepada UPKO bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan berkesan.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page