Perdana Menteri Berangkat Balik Ke Kuala Lumpur

14 Jun 2026
KOTA KINABALU : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas menamatkan lawatan kerja sehari di Sabah, pada Sabtu.
Pesawat khas yang membawa beliau berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada jam 9 malam.
Hadir mengucapkan selamat jalan ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar.
Sepanjang lawatan berkenaan, Anwar menghadiri beberapa program termasuk Majlis Perasmian Pecah Tanah Madani Link di Sipitang, Program Melangkah Bersama MADANI: Wanita Beriman, Wanita Bertahan Peringkat Negeri Sabah di SICC dan Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2026./Penerangan-















Comments