Perkasa Hak Demi Manfaat Rakyat Sabah
- nabalunews
- 1 day ago
- 1 min read

30 Mei 2025
KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini akan meneruskan peranan dalam kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi menzahirkan penghargaan atas keyakinan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Mustapha Sakmud berkata, beliau amat menghargai kepercayaan yang diberikan menerusi pelantikan semula sebagai Pengerusi MPN Sabah.
Katanya, ia adalah satu amanah besar dalam mengemudi PKR Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang akan datang.
“Selaras dengan halatuju kepimpinan baharu dan aspirasi parti, PKR Sabah akan memperkukuh haluan baru menerusi proses rundingan konstruktif bersama rakan-rakan dalam PH Sabah sehinggalah membuahkan hasil terbaik buat semua.
“Matlamat kami selaku anak- anak Sabah adalah untuk memperkasa hak dan pembelaan negeri demi memberi manfaat terbaik kepada rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, pihaknya akan meneruskan komitmen terhadap prinsip perpaduan, kemajuan dan reformasi.
Katanya, mereka juga bertekad untuk terus menyumbang secara positif ke arah pembangunan dan kemakmuran Sabah di bawah gabungan PH serta membuka ruang kerjasama bersama parti-parti lokal dan nasional.
Commenti