top of page

Perkasa Kerjasama Antara Agensi Perluas Maklumat Kejayaan Kerajaan

nabalunews
48 minutes ago
1 min read

10 Sept 2026


KOTA KINABALU: Kerjasama antara agensi Negeri dan Persekutuan dapat memperluaskan lagi maklumat kejayaan kerajaan kepada rakyat.


Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman, jalinan kerjasama itu penting bagi memastikan segala agenda dan perkhidmatan terbaik yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dapat disalurkan secara berkesan dan menyeluruh.


"Kerjasama strategik yang lebih padu dan erat antara agensi negeri dan persekutuan seperti Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah (JAPEN) mampu memperluaskan penyampaian maklumat kepada rakyat.



"Kita juga melihat banyak kerjasama dapat diadakan bersama JAPEN Sabah, khususnya bagi menguar-uarkan pelbagai program selain inisiatif dan kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan negeri dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah, Jainisah Mohd Noor di Menara Kinabalu, pada Rabu.


Zainudin juga berkata penyebaran maklumat yang tepat dan berkesan akan membolehkan rakyat sentiasa mendapat maklumat terkini berhubung kesungguhan serta komitmen kerajaan negeri dalam mempertingkatkan kesejahteraan hidup masyarakat.


Sementara itu, Jainisah turut menzahirkan penghargaan kepada Zainudin atas kerjasama yang telah diberikan oleh agensi negeri sepanjang Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) dilaksanakan di seluruh daerah Sabah./Penerangan-

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page