top of page

Tun Musa Terima Kunjungan Hormat Asisten Ketua Staf Simpanan Markas Tentera Darat

nabalunews
44 minutes ago
1 min read

10 Sept 2026


KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat, Asisten Ketua Staf Pasukan Simpanan Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohammad Razeif Che Ahmad di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.


Mohammad Razeif menjelaskan tujuan kunjungan tersebut adalah bagi membincangkan pengisian jawatan Komander Rejimen 507 Askar Wataniah susulan tamatnya perkhidmatan Komander terdahulu, Brigedier Jeneral Datuk Al-Hamra Juhar pada Ogos lalu.


Dua nama telah dikemukakan kepada Tun Musa bagi menentukan calon yang akan mengisi jawatan berkenaan.



Keputusan berhubung pelantikan tersebut akan diusulkan kepada Majlis Angkatan Tentera untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


Dalam pada itu, Tun Musa turut menerima kunjungan hormat dari Malaysian Indian Congress (MIC), Sabah, diketuai pengerusinya Chandra Segar Soosaimany.


Beliau berkata kunjungan berkenaan bertujuan bagi mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Tun Musa berkaitan dengan MIC Negeri Sabah./Penerangan-

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page