top of page

Perkhidmatan pengangkutan awam dalam zon dibenarkan: Masidi

Writer: Marryan RazanMarryan Razan


5 Okt 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Perkhidmatan pengangkutan awam dalam zon yang sama dibenarkan dengan pematuhan penjarakan fizikal dalam kenderaan serta pemakaian pelitup muka.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, perkhidmatan pengangkutan awam dalam zon dibenarkan beroperasi dari jam 5 pagi hingga 12 malam.


“Semua pemandu dan pembantu atau petugas pengangkutan awam seperti bas henti-henti dan bas sekolah, teksi dan e-hailing hendaklah lengkap divaksin.


“Begitu juga dengan semua penumpang, mestilah telah lengkap divaksin dan berstatus risiko rendah Covid-19 pada aplikasi MySejahtera,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, perkhidmatan bas henti-henti dan bas sekolah dalam zon dibenarkan dengan kapasiti 50 peratus penumpang dan bagi perkhidmatan teksi pula maksimum hanya dua orang termasuk pemandu.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page