Persatuan Veteran ATM serah lima buah rumah bina baharu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Persatuan Veteran ATM serah lima buah rumah bina baharu


26 Februari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Seramai lima orang penerima telah menerima rumah bina baharu daripada Persatuan Veteran ATM baru-baru ini.


Majlis perasmian rumah projek inisiatif perumahan bina baharu rumah veteran ATM berlangsung di rumah Jinit Lopog, salah seorang penerima, di Kg. Narinang, Kota Belud.


Perasmian dilakukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Mejar Jeneral Zambery Jefry, yang turut disertai oleh beberapa pegawai dan wakil kerajaan dan persatuan veteran.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Carlye Lajimin yang mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Mejar Jeneral Zambery berkata, lima buah rumah ini merupakan inisiatif persatuan veteran ATM untuk membantu ahli-ahli persatuan yang memerlukan.


Jelas beliau, lima buah rumah bina baharu ini mendapat kelulusan pada 2023 dan telah siap sepenuhnya. Beliau berharap lebih banyak rumah akan terlaksana pada tahun 2024.


Setakat tahun 2021 hingga 2023, sebanyak 560 buah rumah untuk baik pulih dan 99 buah rumah bina baharu telah terlaksana di seluruh Malaysia.


Penerima rumah bina baharu lain ialah Harniati bt. Lahuna (Kg. Pangi Kelawat, Kota Belud), Misa @ Migah bt. Lagadan (Kg. Tamparuli, Tuaran), Lousia bt. Kanon (Kg. Sukang, Tambunan), dan Thomas Kumong (Kg. Kipaku, Tambunan).


Selain daripada program bantuan rumah bina baharu, terdapat juga pelbagai skim-skim kerajaan yang disediakan untuk bantuan kepada veteran, keluarga, pendidikan anak-anak, dan kesihatan.

bottom of page