top of page

Persembahan Murid SK Dalit Serikan KMJG Di Sook

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 1 min read

ree

11 Ogos 2025


SOOK: Persembahan lagu patriotik oleh murid Sekolah Kebangsaan Dalit, Adrilla Abidin, memukau peserta Konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) dan penduduk Kampung Biah, pada Ahad.


Adrilla, 9, yang pernah meraih tempat keempat dalam Pertandingan Pentas Suara di Keningau, mendendangkan lagu Warisan dan Cindai pada Majlis Perasmian KMJG menerima tepukan gemuruh daripada lebih 500 tetamu di Dewan Datuk Ellron Angin.


Artis PENTARAMA Jabatan Penerangan Sabah turut menghiburkan para tetamu dengan persembahan berinformasi sepanjang majlis itu.


Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin yang diwakili Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.45 Sook, Tony Talasoy.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page