top of page

Persidangan Geosains Kebangsaan 2025 (NGC 2025)

  • nabalunews
  • Sep 18
  • 1 min read

ree

18 September 2025


TAWAU: Persidangan Geosains Kebangsaan 2025 (NGC 2025) membuka tirai hari ini mengangkat tema “Earth, Energy and Environment: Navigating the Future”.


NGC 2025 dianjurkan oleh Geological Society of Malaysia (GSM) dengan kerjasama Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Institute of Geology Malaysia (IGM) dan Board of Geologists (BOG).


Kerjasama penganjuran ini mencerminkan kesatuan antara institusi akademik, badan profesional dan agensi kerajaan dalam memperkasa ekosistem geosains negara.


Persidangan edisi ke-38 ini menghimpunkan penyelidik, pengamal industri dan agensi berkepentingan untuk membincangkan bidang-bidang kritikal seperti pengurangan risiko bencana, kejuruteraan geologi, pembangunan sumber mineral, geotourism, geofizik, geokimia, perubahan iklim, tenaga boleh diperbaharui, keselamatan air dan tektonik.


Persidangan dirasmikan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UMS, P. Geol Ts. Gs. Dr. Rodeano Roslee.


Dr. Rodeano berkata, NGC 2025 adalah platform penting untuk para penyelidik, profesional industri, agensi kerajaan, dan pelajar berkongsi pengetahuan, bertukar pandangan, serta memperkukuh jaringan kerjasama dalam bidang geosains.


“Ilmu geosains tidak boleh terhenti pada teori semata-mata, tetapi perlu diterjemahkan kepada inovasi yang mampu memberi solusi terhadap cabaran yang dihadapi masyarakat,” katanya.


“NGC 2025 turut menampilkan penceramah lain iaitu P.Geol. Dr. Frederick Francis Tating (JMG Sabah), P.Geol. Assoc. Prof. Dr. Meor Hakif Amir Hassan (GSM), P.Geol. Assoc. Prof. Dr. Mohd. Fakhrurrazi Ishak (UMP Al-Sultan Abdullah), serta Dr. Hervé Traineau (CFG Geothermal)


“Aktiviti pasca persidangan pada 20 September 2025 merangkumi lawatan teknikal ke Southsea Gold Sdn. Bhd. (SGSB) dan Wullersdorf Resources Sdn. Bhd. (WRSB), serta lawatan geotapak Columnar Basalt Balung Cocos,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page