Persidangan Perwakilan Luar Biasa UPKO diadakan dengan SOP ketatPersidangan Perwakilan Luar Biasa UPKO diadakan dengan SOP ketat
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Persidangan Perwakilan Luar Biasa UPKO diadakan dengan SOP ketat



27 November 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Persidangan Perwakilan Luar Biasa Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) 2021 dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi memastikan tiada penularan wabak Covid-19.


Persidangan itu diadakan secara hybrid iaitu secara bersemuka di Dewan Pusat Kebudayaan Penampang dan secara maya dirasmikan oleh Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.


Turut hadir para pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) Sabah, Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew, Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon dan Pengerusi Amanah Sabah Lahirul Latigu.



Antara pemimpin UPKO yang hadir Presiden Kehormat Tan Sri Bernard Dompok, Pengerusi Majlis Penasihat Tan Sri Wences Angang, Naib Presiden Datuk Ewon Benedick, ahli-ahli majlis tertinggi, Exco-exco pergerakan, ahli-ahli penasihat, pengerusi tetap persidangan dan timbalan pengerusi tetap pesidangan.


Sebanyak enam usul dibentangkan pada persidangan itu termasuk Pindaan Perlembagaan –Imej Lambang parti, Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963, Penyelesaian Masalah Pendatang Asing di Sabah, Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan Modal Insan serta Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 122A dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan).


Semasa ucapan dasar Presiden Upko, semua perwakilan persidangan bertafakur selama satu minit bagi menghormati mereka yang terkorban akibat pandemik Covid.






photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page