Pertandingan Kota Belud Dart Open 2023 dapat sambutan hangat
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pertandingan Kota Belud Dart Open 2023 dapat sambutan hangat


2 December 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pasukan S91C telah menjuarai acara Men Double dalam Kota Belud Dart Open 2023 yang berlangsung selama dua hari bermula pada 25 November di D'Lontupak View Purak Ogis Kota Belud.


Pasukan S91C membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5000, setelah mengalahkan pasukan S91B dalam perlawanan akhir.


Acara Men Double melibatkan 40 pasukan dari seluruh Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Dalam acara Ladies Single, Nurin dinobatkan sebagai juara setelah menewaskan HB Viviana dari Sandakan dengan skor.


Acara Ladies Single turut melibatkan 18 peserta dari pelbagai daerah di Sabah.


Acara ini dirasmikan oleh Dr. Rizoh Bosorong yang mewakili ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick, manakala penyampaian hadiah disempurnakan oleh PPM Kadamaian Saikom Watis dan Romie Stanley Deukin.




bottom of page