top of page

Pertandingan Memancing Semarakkan Hari Keluarga Kampung Tambulion

  • nabalunews
  • Feb 17
  • 1 min read

17 Februari 2026


KOTA BELUD: Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.11 Kadamaian, Fandhy Rajin, mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN N11 Kadamaian, Ewon Benedick, telah merasmikan pertandingan memancing sempena Sambutan Hari Keluarga Koperasi dan Tagal Kampung Tambulion, di sini.


Program tersebut berjaya menghimpunkan penduduk kampung serta peserta dari kawasan sekitar dalam suasana penuh meriah dan semangat kekeluargaan, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dalam komuniti.


Dalam ucapan perasmian, beliau menyampaikan harapan agar pertandingan itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah, malah menyemarakkan semangat kesukanan serta memupuk budaya rekreasi sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

Penganjuran program berasaskan sistem tagal itu turut dilihat sebagai usaha memelihara kelestarian sungai di samping memperkukuh kerjasama antara pemimpin dan rakyat, khususnya di kawasan Kadamaian.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page