Pertandingan Tenis Sandakan Newcomers
- nabalunews
- Feb 24
- 1 min read

24 Februari 2025
SANDAKAN: Pertandingan Tenis Sandakan Newcomers yang berlangsung selama tiga hari anjuran Persatuan Tenis Daerah Sandakan (PTDS), disasarkan sebagai platform mencungkil bakat baru tenis di daerah ini.
Presiden Persatuan Tenis Daerah Sandakan, Silvester Lawai berkata, semua pemain yang menyertai pertandingan itu tidak pernah menjuarai sebarang kejohanan atau mewakili daerah Sandakan sebelum ini.
Katanya, ini adalah inisiatif PTDS melahirkan pemain baru untuk diketengahkan sebagai pelapis bukan saja kepada daerah Sandakan tetapi juga negeri Sabah dan negara Malaysia.
“Kita turut mengucapkan terima kasih kepada penaja utama kejohanan, First Agro Kontraktor kerana bermurah hati menaja dan menjayakan pertandingan newcomers ini.
“Tahniah kepada semua pemenang serta pengerusi jawatankuasa kecil pertandingan, Johannes Belili bersama dengan Rohjan Md Daud yang memastikan pertandingan itu dijalankan dengan jayanya,” katanya.
Sementara itu, pemain muda Wafi Adwa Baharudin muncul juara selepas menewaskan Zulfiqar Izzuddin Zainal Abidin.
Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Muhammad Imran Abdul Kalam bagi kategori perseorangan lelaki.
Bagi kategori beregu, Wafi Adwa yang berpasangan dengan Lo Zi Hong turut dinobatkan sebagai juara acara bergu lelaki.
Manakala tempat kedua dimenangi oleh Zulfiqar Izzuddin dan Shallehan Salleh dan diikuti Muhammad Imran dan Mohd Syawal Ashaari Mohd Rasul mendapat tempat ketiga.
Bagi kategori perseorangan wanita pula menyaksikan Sandra Allysa Silvester muncul juara setelah menewaskan ibunya Salistina Tandai di perlawanan akhir.
Dalam kategori bergu wanita pula, Chang Mew Jin yang berpasangan dengan Fellah Nabila Jamludin muncul juara.
Tempat kedua dimenangi Deviana Kuing dan Lastry Hairuddin manakala Fatimah Raihani Madsili dan Louisa Jezzel Chin Kim Ling berada ditempat ketiga.
Comments