Perumahan IOI Plantations, Segama, Lahad Datu dikenakan PKPD bermula 14 September iniPerumahan IOI Plantations, Segama, Lahad Datu dikenakan PKPD bermula 14 September ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Perumahan IOI Plantations, Segama, Lahad Datu dikenakan PKPD bermula 14 September ini


Gambar hiasan

12 September 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Perumahan IOI Plantations Unico Oil Mill Sdn Bhd, Segama, Lahad Datu dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 14 September hingga 27 September ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19. "Secara keseluruhannya, jumlah PKPD aktif setakat ini telah menurun kepada 40 lokaliti, dengan bilangan tertinggi di Ranau (10 lokaliti)," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Tambah Masidi, PKPD di tiga lokaliti melibatkan daerah Tawau dan Ranau akan ditamatkan seperti yang dijadualkan iaitu pada 13 September.

"Lokaliti tersebut ialah Taman Megah Jaya dan Kampung Bukit Gemuk di Tawau, serta Kampung Nasakot di Ranau," katanya. Setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai situasi semasa, PKPD ditamatkan di lokaliti berkenaan, kata Masidi.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page