top of page

Pesta Kaamatan angkat budaya bangsa, bukan pesta mabuk

  • nabalunews
  • May 17
  • 2 min read


Elly, Vrenda, Fenny dan jelitawan lain sejurus pemahkotaan itu.
Elly, Vrenda, Fenny dan jelitawan lain sejurus pemahkotaan itu.

17 Mei 2025


SANDAKAN: Penganjuran Pesta Kaamatan bertujuan untuk mengangkat budaya bangsa serta warisan dan bukannya sekadar pesta mabuk.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib berkata, dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa sambutan itu dengan tuduhan sedemikian adalah tidak wajar.


Katanya, ini kerana ia merupakan pesta tradisi yang juga meraikan kepelbagaian selain memartabatkan budaya bangsa.

James, Walter dan pemimpin setempat serta hadirin pada gimik perasmian.
James, Walter dan pemimpin setempat serta hadirin pada gimik perasmian.

Beliau menyatakan perkara itu pada sidang media sejurus merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Sandakan 2025 di Dewan Masyarakat Sandakan pada Sabtu.


Pada majlis itu, Elly Reachel Marcus, 24, muncul sebagai Unduk Ngadau Kaamatan 2025 Peringkat Daerah Sandakan, kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Vrenda Joaan Defteneay Taji, 25, dan Fenny Joseph,26.


Turut mengisi acara persembahan nyanyian, tarian tradisi, reruai pelbagai etnik dan pertandingan sukan tradisi.

James turut memuji penganjuran sambutan kaamatan Sandakan yang dihadiri pelbagai latar di daerah ini.


Katanya, ia diadakan penuh harmoni selain meneruskan kesinambungan warisan nenek moyang dari zaman dahulu.


Sementara itu, dalam perkembangan lain, berhubung perkembangan perkhidmatan kesihatan di daerah ini, James berkata, pihaknya sudah melawat Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan dan maklum mengenai keperluan semasa di hospital itu.


Jelasnya, sebelum ini, kerajaan telah memperuntukkan  RM400 juta untuk baikpulih dan keperluan  hospital itu dibawah Rancangan Malaysia Ke-13 dengan permulaan RM400 ribu kerja-kerja  berkaitan telah dimulakan.


“Manakala Unit Hemodiliasis HDOK juga tambahnya akan menerima 6 unit mesin dialisis baharu dari 100 yang diberikan kerajaan negeri untuk seluruh hospital dan klinik awam di Sabah.


“Ia bertujuan untuk menambah mesin diperlukan pesakit yang tidak mampu mendapatkan rawatan itu di pusat dialisis swasta.


Dalam pada itu, pihaknya berharap kerajaan  dapat mempertimbangkan untuk tidak pegun atau bekukan elaun wilayah doktor yang bertugas di luar bandar dan pedalaman kerana ini amat diperlukan mereka yang berkhidmat kepada masayarakat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page