top of page

Pesta Kuih Bulan memupuk keharmonian dan perpaduan komuniti

  • nabalunews
  • Sep 17, 2024
  • 1 min read

17 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News 


SANDAKAN:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung bersama kakitangan beliau dari Pejabat Khidmat ADUN Tanjong Papat mengagihkan kuih bulan kepada penduduk setempat dalam kawasan DUN berkenaan bersempena dengan Pesta Kuih Bulan 2024.


Frankie juga menyampaikan salam perayaan dan berharap penduduk dapat memanfaatkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menyemarakkan lagi nilai kekeluargaan dan keharmonian dalam komuniti khasnya di musim perayaan.


Beliau berkata, “Pesta Kuih Bulan" bukan sekadar perayaan untuk keluarga berkumpul, tetapi juga satu kesempatan untuk bersama-sama meraikan serta mengukuhkan ikatan sosial yang turut memupuk keharmonian dan perpaduan komuniti.


"Saya berharap melalui acara ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan dalam komuniti, agar setiap individu merasa dihargai dan disokong," katanya.


Acara pengagihan kuih bulan itu turut mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk dengan suasana penuh keceriaan dimana mereka juga menyatakan penghargaan terhadap perhatian wakil rakyat itu.


Beliau berharap, bukan sahaja dapat memelihara tradisi, tetapi kepelbagaian tradisi dan perayaan yang diraikan bersama di negara ini akan terus menjadi platform dalam memupuk toleransi antara pelbagai kaum.


Ia sekaligus memperkukuh keharmonian dan perpaduan komuniti yang berbilang budaya yang telah diamalkan selama ini.


Pesta Kuih Bulan melambangkan penyatuan dan keharmonian dan merupakan salah satu perayaan tradisional yang penting dalam budaya Cina.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page