top of page

Masjid UMS Sandakan mercu tanda baharu Hab Pendidikan

  • nabalunews
  • 44 minutes ago
  • 1 min read

4 Mac 2026


SANDAKAN: Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Sandakan bernilai RM5 juta kini menjadi mercu tanda baharu daerah ini dan menjadi satu lagi pencapaian penting pembangunan Hab Pendidikan di Batu 10 Sungai Batang.


Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, masjid yang mampu menampung sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa itu dibina hasil kerjasama erat antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UMS.


“Ia memperlihatkan peluang kerjasama strategik antara UMS dan kerajaan negeri dalam perkongsian ilmu, pemindahan kepakaran, pemerkasaan aktiviti penyelidikan serta khidmat sosial lain yang akhirnya memberi manfaat kepada seluruh rakyat Sabah, khususnya penduduk Sandakan.

"Perkembangan ini adalah signifikan dan tepat pada masanya memandangkan Pusat Islam Sandakan yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri turut dibina di Kampung Sungai Kayu," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Masjid UMS Sandakan dan Iftar Perdana UMS 2026, di sini pada Selasa.


Perasmian masjid tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman merangkap Canselor UMS.


Menurut Abdul Rahman, UMS melalui Pusat Islamnya turut dilantik sebagai Ejen Pungutan dan Agihan Zakat bagi Majlis Ugama Islam Sabah.


"Pelantikan ini memberikan manfaat yang amat besar kepada warga UMS tidak kira golongan pelajar mahupun kakitangan melalui pemberian pelbagai bantuan seperti elaun sara hidup, penyelesaian yuran pengajian, bantuan Ramadan, Aidilfitri dan sebagainya," ujarnya.


Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Sulian, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manila, Hazem Mubarak Tun Musa dan Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page