PGRS Sungai Manila sasar serah bakul makanan ke seluruh isi rumah dalam kawasan Sungai Manila
- nabalunews
- Mar 10
- 1 min read

9 Mac 2025
SANDAKAN: PGRS Bahagian Sungai Manila menyasarkan bantuan bakul makanan kepada seluruh isi rumah yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila.
Ketua Bahagian PGRS Sungai Manila, Hazeem Mubarak Tun Musa, berkata, setakat ini, sebanyak 5,000 bakul makanan telah diagihkan di kawasan berkenaan.
"Ini antara usaha kita dalam menyantuni masyarakat selain bertanya khabar mereka,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika ditemui media sejurus menyampaikan bakul makanan pada Program Agihan Bakul Makanan yang berlangsung di dewan PPR Muhibbah, Batu 12, Sandakan, pada Ahad.
Turut hadir, Ketua Daerah Sandakan, Awang Zakaria Maria.
Pada majlis itu, Hazeem turut menyantuni penduduk PPR dan menyampaikan bantuan bakul makanan kepada isi rumah di kawasan PPR berkenwwn.
Hazeem berkata, itu antara usaha membantu penduduk khasnya dalam kelengkapan keperluan makanan dan bekalan harian.
Коментарі