top of page
Wartawan Nabalu News

PH Kota Marudu kecewa kegagalan Kerajaan Negeri laksana perkongsian kuasa


Sazalye menyerahkan Surat Memorundum bagi pihak parti komponen PH Kota Marudu kepada Ewon untuk disampaikan kepada Kerajaan Negeri.

26 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA MARUDU: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Kota Marudu meluahkan rasa kecewa atas kegagalan Kerajaan Negeri melaksanakan perkongsian kuasa di kawasan itu.


Sehubungan itu Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang juga Ketua Cabang Kota Marudu Sazalye Donol menyeru supaya Kerajaan Perpaduan pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Haji Noor dapat memastikan 60/40 peratus pembahagian jawatan di peringkat kampung dapat dilaksanakan secara adil.


“Perkongsian kuasa dan pembahagian jawatan di peringkat kampung adalah asas sehingga terbentuknya Kerajaan Perpaduan di Sabah.


“Bagaimanapun saya merasa sedih apabila mengetahui tidak ada wakil ahli-ahli parti komponen PH memegang jawatan tersebut di peringkat kampong di Kota Marudu.


“Sekiranya perkara ini berterusan saya bimbang akan menyebabkan kelancaran pemerintahan Kerajaan Perpaduan di Sabah tidak tercapai dan laugan kerajaan perpaduan di negeri ini hanya omongan kosong,” katanya dalam kenyataan melalui media sosialnya, hari ini.



Sazalye berkata, sebelum ini beliau telah mengutus surat kunjungan hormat keatas pengerusi GRS Kota Marudu, Datuk Dr.Maximus Ongkili namun sehingga sekarang tidak ada maklum balas.


Katanya lagi, walaupun perjumpaan telah diadakan dengan pegawai daerah dan penolong pegawai daerah Kota Marudu dan Matunggong serta beberapa agensi berkaitan sebelum ini namun tidak membuahkan hasil.


“Jawatan-jawatan di peringkat DUN Matunggong, Bandau dan Tandek tidak ada perubahan, masih kekal dipegang oleh GRS/PBS. Dikatakan lantikan baru ada yang telah dibuat ke atas beberapa jawatan tetapi malangnya ahli parti komponen PH tidak dilibatkan,” katanya.


Pada hari ini beliau dan para pemimpin parti komponen PH Kota Marudu mengadakan perjumpaan dengan Presiden UPKO yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick untuk membincangkan perkara itu.


“Saya telah menyerahkan Surat Memorundum bagi pihak parti komponen PH Kota Marudu kepada Datuk Ewon untuk beliau sampaikan kepada Kerajaan Negeri.


“Surat itu berkenaan pembahagian jawatan lantikan politik seperti KAN, WKAN, KK, JPKK, UPPM dan Ahli Majlis,” katanya yang mahu isu pengagihan jawatan itu di kawasan Kota Marudu dapat diselesaikan dengan adil.


Comentarios


bottom of page