PH Sabah nafi artikel kaitkan Musa Aman
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PH Sabah nafi artikel kaitkan Musa Aman



15 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah menafikan laporan berita mengaitkan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dengan PH Sabah.


Dalam kenyataan media yang dikeluarkan PH Sabah hari ini menjelaskan bahawa laporan berita yang tular dalam media sosial bertajuk “Musa Aman akan ketuai PH Sabah?” telah menimbulkan kekeliruan rakyat.


“PH Sabah amat terkejut dengan laporan berita itu yang telah tular dalam media sosial dan menimbulkan kekeliruan serta kerisauan rakyat.


“Pakatan Harapan Sabah secara sebulat suara menafikan perkara ini dan ianya tidak sesekali dibincang dan diputuskan dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Harapan Sabah,” kata kenyataan itu.


Pakatan Harapan Sabah mengambil pendirian bahawa mana-mana keputusan mustahak yang berhubung kait dengan mandat dan keyakinan rakyat seharusnya dipertimbangkan, diteliti dan diperhalusi sebulat suara pada peringkat pimpinan Pakatan Harapan Sabah.


Menurut kenyataan itu lagi, Pakatan Harapan Sabah akan bertemu dan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membincang perkara ini termasuk halatuju PH Sabah menjelang pilihanraya negeri yang bakal diadakan nanti.


Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh para pemimpin PH Sabah iaitu Pengerusi PH Sabah Datuk Christin Liew, Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick, Pengerusi PKR Sabah Datuk Sangkar Rasam, Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon dan Pengerusi AMANAH Sabah Lahirul Latigu.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page