PILIHAN RAYA PRESIDEN AS 2020 SAKSI CALON TERTUA DALAM SEJARAH REBUT RUMAH PUTIH PILIHAN RAYA PRESIDEN AS 2020 SAKSI CALON TERTUA DALAM SEJARAH REBUT RUMAH PUTIH
top of page
  • nabalunews

PILIHAN RAYA PRESIDEN AS 2020 SAKSI CALON TERTUA DALAM SEJARAH REBUT RUMAH PUTIH


4 NOV 2020


WASHINGTON: Ketika berusia 70 tahun pada Januari 2017, Donald Trump menjadi presiden tertua yang dipilih dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Andai Joe Biden menang pilihan raya kali ini, beliau akan memecahkan rekod itu: Biden akan mencecah usia 78 tahun sebelum upacara pelantikan dijadual 20 Januari nanti, dan berusia 81 pada pilihan raya berikutnya pada 2024.

Trump mengambil alih rekod presiden tertua daripada Ronald Reagan, yang berusia hampir 70 tahun ketika mengangkat sumpah jawatan pada 1981.


Sebelum Reagan, jika diimbau sejarah 140 tahun yang lalu, presiden William Henry Harrison berusia 67 tahun ketika dilantik pada 1840.

Tetapi beliau menjadi presiden paling singkat berkhidmat apabila meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru pada hari ke-32 mengetuai Rumah Putih. 

Trump dan Biden masih berkongsi pengiktirafan sebagai calon tertua yang pernah mencalonkan diri sebagai presiden.


Republikan Bob Dole dan John McCain berusia awal 70-an ketika masing-masing menyertai kempen presiden. McCain akhirnya tewas di tangan Barack Obama, yang baru berusia 47 tahun ketika dilantik menjadi presiden.

Senator Bernie Sanders akan memecahkan semua rekod sebelum ini, jika beliau memenangi pemilihan peringkat awal Demokrat. Sanders berusia 79 tahun pada September. -- Bernama- Nnn-Agensi


bottom of page