Pilihan Raya Sabah Tidak Jejas SPM - SPR
- nabalunews
- Oct 16
- 1 min read

16 Oktober 2025
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November depan tidak akan menjejaskan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata, pemilihan tarikh berkenaan sudah mengambil kira semua faktor termasuk isu logistik.
Katanya, ia juga sudah dipastikan tiada sebarang pertindihan antara pusat membuang undi dan pusat peperiksaan.
“Kita dah mengambil kira semua kemudahan logistik kita, dan kita tidak akan berlaku sebarang pertindahan tempat kita mengadakan pengundian dengan tempat peperiksaan diadakan.
“Lagipun, proses pengundian ini akan diadakan pada hari Sabtu, insyaAllah ia tidak akan bertembung,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media khas berhubung pengumuman tarikh PRN Sabah, di sini, hari ini.
Sementara itu, Ramlan berkata, setakat ini, SPR belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan untuk membenarkan pengundi dari Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia mengundi melalui undi pos.
Katanya, pengundi yang berdaftar di Sabah masih perlu pulang ke negeri itu untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian.


















Comments