PKPB: 12 ORANG DIKOMPAUN DALAM OP COVID-19 DI DAMAI PLAZA

6 JAN 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Seramai 12 orang dikompaun atas kesalahan ingkar perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di sebuah permis di Damai Palaza, Luyang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata, kesemua individu termasuk penjaga permis tersebut dikompaun dalam Op Covid-19, kira-kira jam 11.00 malam.
"Satu serbuan dibuat dalam satu OP Covid-19 (PKPB) dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu semalam di sekitar Damai Plaza Luyang.
"Semasa pasukan sampai di permis tersebut, polis memeriksa 12 orang termasuk penjaga permis dan mendapati penjaga premis membenarkan pelanggannya makan dan minum dalam premis berkenaan tanpa penjarakan sosial semasa tempoh PKPB," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Kesemua individu melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.
Comments