top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPB: 129 KOMPAUN ATAS KESALAHAN INGKAR SOP, MALAM TAHUN BAHARU


Foto FB Polis Daerah Penampang

4 JAN 2021

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan sebanyak 129 kompaun pada malam Tahun Baharu 2021 atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pihak PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang ingkar pada SOP yang sedang berkuatkuasa.


Beliau berkata, mereka yang melanggar SOP PKPB akan dikenakan kompaun RM1000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).


“Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya terus patuhi SOP dan arahan yang telah ditetapkan pihak berkuasa bagi membendung penularan pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Masidi berkata, pihak PDRM dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan diteruskan memantau pematuhan SOP dalam tempoh dua minggu ini terutamanya di tempat-tempat tumpuan orang ramai dan majlis-majlis sosial.

Comments


bottom of page